Program Tahfiz Hujung Minggu
















Jadual Lengkap Program 

9.00 pagi     Perhimpunan Pagi/ Taklimat Ringkas/Bergerak ke Dewan Pengajian
9.05 pagi     Pelajar Membaca Al Fatihah dan Doa Penerang Hati
9.10 pagi     Pelajar Membaca Surah Al Waqiah
9.15 pagi     Kelas Pengajian Sesi 1 Dimulakan
10.15 pagi   Pelajar Rehat dan Solat Dhuha
10.30 pagi   Kelas Pengajian sesi 2 Dimulakan
12.00 tgh     Tazkirah/Kelas Tajwid/ Kelas Tafsir ( Giliran setiap minggu)
12.30 tgh     Pelajar Bersurai



Pendaftaran dibuka sekarang. Kelas akan bermula pada 2 Ogos 2014 Hari Sabtu


Sekitar Kelas Kali Kedua Program Tahfiz dan Pengajian Al Quran di Masjid Kota Damansara

Hari ini adalah merupakan kelas kali kedua Program Tahfiz dan Pengajian Al Quran dikendalikan oleh Akademi Al Quran ABS Al Amin dimana Program ini telah dianjurkan dengan kerjasama Masjid Kota Damansara. Sehingga hari ini seramai 40 orang pelajar telah mendaftarkan diri sebagai pelajar.

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, nampaknya Program pengajian ini mendapat sambutan. Insya Allah pihak Akademi Al Quran ABS Al Amin akan berusaha memenuhi bulan rahmat dengan pelbagai aktiviti mencerna minda untuk membangunkan iman setiap hambaNya.

Ustaz Alzari selaku pengurus program dan krew yang terlibat sentiasa memberi komitmen yang tinggi bagi menjayakan program pengajian ini dan didoakan segala usaha yang dicurahkan akan memberi manfaat kepada setiap pelajar yang hadir.


Di dalam Kelas Tahfiz Al quran mempunyai set Induksi yang bertujuan bukan sahaja pelajar boleh menghafaz Al Quran tetapi pelajar juga akan dibentuk untuk menjadi pelajar yang soleh dan berakhlak mulia.

Setelah pelajar berhimpun menasyidkan Asmaul Husna serta mendengar nasihat dari Ustaz Alzari, para pelajar akan duduk di dalam kumpulan masing-masing. Sebelum memulakan sesi, pelajar akan membaca Al Fatihah dan doa bersama-sama.Kemudian setiap pelajar akan membaca Surah Al Waqiah dimana kita amat jelas dengan kelebihan surah ini. Kemudian pada waktu rehat yang diperuntukkan kepada pelajar, pelajar  diwajibkan menunaikan solat Dhuha dimana ia juga antara perkara penting yang mahu disuntik di dalam setiap jiwa pelajar.

Setelah tamat pelajar akan membaca doa khatam Al quran bersama-sama serta surah Al Ashri bagi memohon berkat dan rahmat dari Allah swt.

Pada kelas kali ketiga nanti pihak Akademi Al Quran ABS Al Aminmerancang untuk menjalankan sesi ujian penentuan tahap kebolehan dan hafazan para pelajar agar setiap pelajar dan ibubapa akan lebih jelas dengan sistem dan kaedah yang wajar digunakan bagi melihat setiap pelajar mendapat pencapaian hafazan yang baik.

Pihak Akademi Al Quran ABS Al Amin juga sedang merancang untuk mengadakan satu hari Program Mukhayyam Perdana sempena Bulan Ramadhan ini bagi menyemarakan lagi malam-malam penuh berkah dengan melakukan qiamullail beramai-ramai. Disamping mengeratkan ukhwah antara pelajar kita akan mengadakan Program Iftar Perdana bagi memberi peluang setiap pelajar merasai akan nikmatnya bulan yang mulia ini.


Sebelum permulaan kelas pelajar akan berhimpun dan menasyidkan Asmaul Husna 
dan mendengar amanat dari Ustaz Alzari



Ustazah Hidayah sedang memberi pengajaran kepada para pelajar


Ustaz Afif sedang menyemak kehadiran pelajar sebelum memulakan pengajian

Meneruskan agenda, pihak Akademi Al Quran ABS Al Amin juga berharap Program Ihya' Ramadhan dimana Akademi Al Quran ABS Al Amin dan Masjid Kota Damansara akan menganjurkan Pertandingan Menghafaz Al Quran dan acara lain-lain bagi merancakkan aktiviti bulan ini serta menyuntik semangat para pelajar untuk lebih berusaha keras memperbanyakkan hafazan.


Oleh itu, sama-sama kita berdoa agar setiap perancangan kita akan mendapat pertolongan dan rahmat dari Allah swt.



1 comment:

  1. ada kerja kosong x hujung minggu..saya omar dip tahfiz darul quran
    0126652204

    ReplyDelete