Pada 7 Julai 2012 dengan rasminya Akademi Al Quran ABS Al Amin akan mengendalikan Program Tahfiz dan Pengajian Al Quran dengan kerjasama Masjid Kota Damansara bertempat di Masjid Kota Damansara sendiri. Syukur kepada Allah kerana mendapat sambutan positif dari para ibubapa dan pelajar.
Tujuan di adakan Majlis Taklimat ini adalah untuk memberi peluang ibubapa mengetahui dengan lebih jelas tentang sistem dan pengisian yang akan diadakan.
Majlis bermula dengan ucapan Pengerusi Majlis, bacaan ayat-ayat suci Al Quran, bacaan doa dan sesi taklimat. Pelajar juga diberi peluang untuk mengambil ujian bagi melihat tahap kemampuan masing-masing dalam menghafaz Al Quran.
Antara prinsip asas yang dipegang dalam program ini adalah:
“Janganlah engkau (Muhammad) menggerak-gerakkan lidahmu kerana hendak bersegera membaca dan menghafaznya (sebelum selesai Jibril membacanya). Sesungguhnya kamilah yang berkuasa mengumpulkan al-Qur’an (ke dadamu) dan Kamilah yang menetapkan bacaannya (pada lidahmu). Oleh itu, apabila Kami telah selesai membacanya maka ikutlah bacaannya”.
( Surah Al Qiamah ayat 16-18 )
Puan Tengku Nurhusni juga menjelaskan kaedah yang digunakan berdasarkan kaedah asas iaitu:
"Dan Al Quran itu Kami bahagi-bahagikan dia supaya engkau membacakannya kepada manusia dengan lambat, tenang dan Kami menurunkannya beransur-ansur.”
(Surah Al Isra; ayat 106)
Kelebihan Program yang ditawarkan ini adalah:
· Minimum pelajar 10 dan maksimum pelajar 20 per kelas
· Hari dan waktu yang sesuai dan pilihan yang fleksibel
· Tenaga pengajar terlatih dan mempunyai komitmen yang tinggi
· Secara talaqqi dan musyafahah
· Pengurusan yang berpengalaman
· Yuran yang amat berpatutan
· Sijil dikeluarkan kepada yang berjaya menamatkan pengajian
Pengarah Program turut memberi jaminan komitmen kepada ibubapa bahawa pihak pengurusan akan
memberi komitmen yang tinggi:
· Zero Kelas Terbatal
· Menghantar laporan progres tahap pencapaian pelajar melalui email
· Menyediakan rekod harian pelajar
· Menyediakan laporan pelajar setiap 2 bulan
Program yang ditawarkan adalah seperti berikut:
- Kelas Tahfiz Al Quran (KTQ)
- Kelas Kemahiran Al Quran (KKQ)
- Kelas Kemahiran Dan Tahfiz Al Quran Untuk Dewasa (KDTQ)
- Kelas Kemahiran Dan Tahfiz Al Quran Untuk Wanita (KWTQ)
- Kelas Bahasa Arab (KBA)
- Kelas Bahasa Arab Untuk Dewasa (KBAD)
- Kelas Fardhu Ain (KAFA)
- Kelas Fardhu Ain Untuk Dewasa (KAFAD)
- Mukhayyam Perdana (MP)
- Kem Motivasi Al Quran (KMQ)
Akhir sekali Puan Tengku Nurhusni berkongsi sesuatu yang amat berharga bahawa dalam usaha
untuk melahirkan anak-anak sebagai Hafiz Al Quran, ibubapa wajib memainkan peranan penting
dimana proses melahirkan generasi Al Quran ini mesti melalui disiplin ilmu yang ketat dimana tidak
ada sebarang alasan untuk tidak hadir ke kelas atau culas membuat bayaran yuran bulanan. Puan
Tengku Nurhusni berkata yuran bulanan yang dibayar kepada pihak pengurusan dan bayaran gaji
guru itu merupakan satu sedekah yang akan mendapat manfaat yang berpanjangan
Seperti kita menyumbang dan berderma kepada badan-badan kebajikan, bayaran yuran ini juga merupakan sumbangan dalam usaha kita untuk membuat kebajikan dan terdapat berkat pada setiap bayaran tersebut.
Oleh itu, dua perkara penting itu wajib diambil berat di dalam usaha murni ini. Pihak pengurusan
juga akan mementingkan 2 pekara utama iaitu memastikan kelas berjalan seperti yang dijadualkan
dan sentiasa memberi penekanan terhadap pencapaian hafazan para pelajar.
Proses melahirkan para huffaz ini merupakan usaha penting dimana bukan sahaja kita
membudayakan bahawa pelajar cukup untuk khatam bacaan Al Quran tetapi menghafaz
keseluruhan ayat-ayat suci Al Quran. Kita lihat dimana di negara seperti Arab Saudi, Pakistan,
Mesir dan juga negara seperti India, anak-anak kecil menjadikan Al Quran sebagai hiburan utama
mereka dimana ibubapa mempunyai kesedaran yang amat tinggi dalam menjadikan anak-anak
mereka menghafaz Al Quran.
Oleh itu, sempena menyambut Bulan Ramadhan Yang Mulia ini, bersama-sama kita berusaha dan
menanamkan azam yang kuat untuk membudayakan menghafaz Al Quran.
Terima kasih kepada mereka yang menjayakan Majlis Taklimat ini. Kepada Pengurus Ustaz Falah
yang bertungkus-lumus serta krew terlibat. Semoga Allah membalas jasa kalian.
Kepada ibubapa dan pelajar yang berminat, Sila hubungi :
Ustaz Falah
Pengurus
Akademi Al Quran ABS Al Amin
No 36 Tingkat 3 Jalan Pekaka 8/3 Sek 8 Kota Damansara
Petaling Jaya 47810 Selangor Darul Ehsan
Tel/Fax: 0361410141
HP:0132527421
FB: Akademi Al Amin